Monday, 15 July 2013

Irfan Sembelit !!!!

15/7/2013 – walid dan ummi panik kerana irfan tiba-tiba menangis tidak henti-henti pada jam 5.15 pagi. Pada masa itu adalah waktu bersahur. Ummi dah siapkan makanan tetapi walid tak berselera hendak makan. Ummi pun begitu juga. Irfan terus menangis sambil kami memujuk dan memikir punca tangisan Irfan. Kalau bayi dibawah umur setahun makna tangisan hanya ada tiga sama ada sakit, ngantuk  atau lapar. Susu telah diberi Irfan masih juga menangis. Nak kata mengantuk, baru sahaja lepas tidur. Walid pasti Irfan berada dalam kesakitan. Walid dan Ummi mengingat kembali apakah yang Irfan telah makan?, apakah yang irfan telah lakukan? dan apakah yang Ummi dan Walid buat?. Nyata ada 2 perkara membimbangkan kami iaitu kejadian Irfan menjatuhkan kepalanya ke lantai semasa meniarap menyebabkannya pening  dan memberi makan kepada Irfan berbentuk bijirin dan nasi (Ceralec) menyebabkan Irfan sembelit. Walid tiup kepala Irfan sambil mengusap kepalanya, nyata Irfan terdiam sejenak. Walid rasa lega dalam masa yang sama gelisah memikirnya apakah sebenarnya sakit yang di alami Irfan?. Ummi pula merasakan Irfan mungkin sembelit kerana telah masuk hari ketiga Irfan tidak buang air. Oleh itu Ummi menulis dalam buku rawatan Irfan (Buku Biru) tentang masalah sembelit Irfan dengan harapan doctor di Klinik nanti akan memeriksa Irfan. Walid dukung Irfan dan Irfan terus diam dan seterusnya memberikan reaksi ceria seperti selalu. Syukur Alhamdulillah….

Irfan terus ceria sehinggalah Walid dan Ummi membawanya ke Klinik untuk membuat pemeriksaan biasa dan mengambil suntikan. Maklumlah Irfan dah nak masuk 6 bulan. Setelah selesai disuntik, diambil ukuran lilitan, berat dan tinggi, Irfan dibawa berjumpa doctor (lelaki).  Ummi menyatakan masalah yang Irfan hadapi, doctor dengan yakin menyatakan masalah berkenaan masalah biasa bagi bayi yang baru mula nak makan. Doktor Cuma sarankan pengambilan vitamin (bentuk cecair) bagi menggalakkan penghadaman makanan Irfan.  Setelah selesai, kami menghantar Irfan ke Embah Kamilia (pengasuh Irfan) seperti biasa. 

Sejam selepas dihantar, embah menelefon Ummi Irfan dan menyatakan Irfan menangis tak henti-henti. Pada masa itu ummi sedang membuat rawatan kepada pelajar sekolah manakala walid sedang sibuk membuat persediaan mengajar. Kesibukan kami terbantut dek kasih saying kepada Irfan. Walid dan Ummi terus mengambil Irfan di tempat pengasuh dan menghantar Irfan ke Klinik Nurul Huda di Sungai Besar.  Sampai sahaja giliran, Doktor memeriksa dan mengesahkan memang Irfan sembelit. Telatah Irfan bila diperiksa dan ditanya amat melucukan doktor dan kami seolah-olah Irfan faham apa yang doktor buat dan arahkan. Doktor juga ada bagi tahu Irfan sembelit pada bahagian usus sebelah kiri. Doktor memasukkan ubat (cecair) dari dubur Irfan dan tak lama selepas itu Irfan berak dan kami memeriksa dan didapati najisnya berketul dan bila ditekan seperti tanah liat. Doktor juga ada memberi ubat sembelit yang harganya semua sekali hanya RM15. 

Sampai di rumah Ummi terus ambil EL untuk menjaga Irfan. Irfan dibersihkan dan diberi minum ubat sembelit. Pada masa itu jam menunjukkan jam 3.00 petang. Walid ke tempat kerja semula memandangkan ada banyak kerja yang perlu di siapkan. Kelas jam 2.15pm juga walid telah tangguhkan. Tepat 5.30 petang walid balik rumah kerana Ummi menelefon dan menyatakan Irfan asyik minta didokong memandangkan umminya hendak masak. Walid balik dan mengambil Irfan untuk didokong. Beberapa minit selepas itu walid rasa Irfan berak, lantas walid baringkan Irfan dan membuka pampersnya. Memang benar Irfan berak. Dua ketul najis keras dikeluarkan dan diikuti najis yang biasa beserta angin. Setelah selesai barulah Irfan Nampak selesa dan tidak meragam. Tetapi sewaktu Walid sedang mengelap bahagian punggungnya dengan air, Irfan menangis, walid dapati mungkin ada kesakitan pada bahagian duburnya.

Kerisauan ini, walid dan ummi mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat perkembangan Irfan. Pada malam itu selepas berbuka Irfan tidur lena sehingga pagi.


16/7/13- Irfan sudah tidak sakit lagi dan najis Irfan kembali normal seperti biasa Alhamdulillah. Walau bagaimana pun Walid dan Ummi masih memerhatikan perkembangan Irfan dan mengambil langkah memberhentikan seketika pemberian makan Irfan. Mungkin ianya tidak sesuai atau perut Irfan masih belum sedia menerima makanan. Persoalan yang bermain di fikiran kami sekarang adalah, kenapa doctor di klinik kesihatan kerajaan di kawasan ini tidak memeriksa dengan betul walaupun telah diberitahu?. 

No comments:

Post a Comment