Anak walid kini berusia 4 bulan 15 hari. Alhamdulillah Kehidupan
walid tidak berubah tetap dengan kebahagiaan dan ketenangan. Alhamdulillah
walid ada isteri yang baik dan anak yang comel. Emak dan Abah yang penyayang,
adik beradik yang menyokong, keluarga mertua yang menceriakan dan rakan-rakan
yang berinformasi. Walid berdoa agar semua ini berkekalan kerana semua adalah datang
dari-Nya dan boleh kembali kepada-Nya. Anak yang comel bernama Thaqif Irfan.
Irfan kini semakin rancak bersembang dan boleh menegakkan kepalanya. Fizikalnya
juga semakin membesar selaras dengan perkembangan fizikal kanak-kanak
lain. Wajahnya sudah boleh menampakkan
emosi yang dirasainya seperti takut, marah, suka, terkejut, nak bermanja, nak
tido dan nak susu. Sekali sekali walid bersama ummi terfikir tentang kekurangan G6PD Irfan.
Kerisauan kami masih ada walaupun Irfan tidak menunjukkan sebarang alergi pada
apa-apa bahan.
Kehidupan Irfan sejak Umminya telah bekerja semula telah
berubah. Irfan telah mendapat seorang Nenek baru yang kami panggil Embah
Kamilia. Embah kamilia adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang membuat
kerja sambilan menjaga seorang budak berumur 6 tahun. Rumah embah ini terletak
betul-betul di hadapan Sekolah Rendah Parit Baru. Keyakinan kami terhadap embah
ini adalah 89% selepas kami datang menziarahi beliau. Bayaran yang dikenakan
adalah sesuai iaitu sebanyak RM250 sebulan walaupun ada lagi yang menawarkan
harga lebih rendah seperti di IPN adalah sebanyak RM230 dan ada juga yang ambil
RM200 sebulan. Hairan juga kami apabila dapat tahu ada yang mengenakan harga
sehingga RM300 sebulan. Irfan kami
hantar dari jam 8 pagi sehingga 5 petang selama lima hari iaitu dari hari Isnin
hingga Jumaat. Semua keperluan Irfan kami bekalkan termasuk susu tambahan atau
susu formula untuk Irfan. Irfan sesuai menggunakan susu formula Kambing
Karihome. Walaupun susu ini hanya boleh didapai di Pasaraya Giant dan beberapa
Kedai terpilih, ianya tidak membebankan. Harga setin susu ini adalah
RM45-RM46.80 setiap 400g. Menurut pengeluar Karihome harga susu ini akan naik
sekitar 49.50 setin. Oleh itu, kami dah beli secukupnya sehingga Irfan mencapai
usia 6-7 bulan nanti. Oleh kerana Irfan
akan habiskan setin dalam masa seminggu. Jadi banyaklah kami kena beli. Maklumlah anak lelaki, kuat menyusu dan kerana
itulah susu Umminya tidak mencukupi. Alhamdulillah setakat ini Irfan sihat dan
membesar seperti biasa. Lampinnya juga tidak ketinggalan. Jika pada awal
kelahiran sehingga Irfan Berusia 3 bulan, kami menggunakan lampin pakai buang
berjenama Huggies yang berharga RM36-37 untuk 80 keping tetapi kini kami
berubah kepada pampers pakai buang murah seperti jenama fiffy dan 1 malaysia
berharga 20-22 ringgit untuk 80 keping. Sebenarnya bukan sebab harga, tetapi
sebab kualiti iaitu tahap kebocoran. Pengalaman membawa Irfan berjalan dari utara
keselatan termasuklah ke Singapura menyebabkan kami tukar kepada pampers jenama
lain yang lebih baik. Tambahan lagi ianya murah.




Ummi ngn irfan syg walid...terima kasih kerana mnjadi suami dan syah yg bertanggungjawab.
ReplyDelete