Tuesday, 4 June 2013

Thaqif Irfan 4 Bulan 15 Hari

       Anak walid kini berusia 4 bulan 15 hari. Alhamdulillah Kehidupan walid tidak berubah tetap dengan kebahagiaan dan ketenangan. Alhamdulillah walid ada isteri yang baik dan anak yang comel. Emak dan Abah yang penyayang, adik beradik yang menyokong, keluarga mertua yang menceriakan dan rakan-rakan yang berinformasi. Walid berdoa agar semua ini berkekalan kerana semua adalah datang dari-Nya dan boleh kembali kepada-Nya. Anak yang comel bernama Thaqif Irfan. Irfan kini semakin rancak bersembang dan boleh menegakkan kepalanya. Fizikalnya juga semakin membesar selaras dengan perkembangan fizikal kanak-kanak lain.  Wajahnya sudah boleh menampakkan emosi yang dirasainya seperti takut, marah, suka, terkejut, nak bermanja, nak tido dan nak susu. Sekali sekali walid bersama ummi  terfikir tentang kekurangan G6PD Irfan. Kerisauan kami masih ada walaupun Irfan tidak menunjukkan sebarang alergi pada apa-apa bahan.



         Kehidupan Irfan sejak Umminya telah bekerja semula telah berubah. Irfan telah mendapat seorang Nenek baru yang kami panggil Embah Kamilia. Embah kamilia adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang membuat kerja sambilan menjaga seorang budak berumur 6 tahun. Rumah embah ini terletak betul-betul di hadapan Sekolah Rendah Parit Baru. Keyakinan kami terhadap embah ini adalah 89% selepas kami datang menziarahi beliau. Bayaran yang dikenakan adalah sesuai iaitu sebanyak RM250 sebulan walaupun ada lagi yang menawarkan harga lebih rendah seperti di IPN adalah sebanyak RM230 dan ada juga yang ambil RM200 sebulan. Hairan juga kami apabila dapat tahu ada yang mengenakan harga sehingga RM300 sebulan.  Irfan kami hantar dari jam 8 pagi sehingga 5 petang selama lima hari iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat. Semua keperluan Irfan kami bekalkan termasuk susu tambahan atau susu formula untuk Irfan. Irfan sesuai menggunakan susu formula Kambing Karihome. Walaupun susu ini hanya boleh didapai di Pasaraya Giant dan beberapa Kedai terpilih, ianya tidak membebankan. Harga setin susu ini adalah RM45-RM46.80 setiap 400g. Menurut pengeluar Karihome harga susu ini akan naik sekitar 49.50 setin. Oleh itu, kami dah beli secukupnya sehingga Irfan mencapai usia 6-7 bulan nanti. Oleh kerana  Irfan akan habiskan setin dalam masa seminggu. Jadi banyaklah kami kena beli.  Maklumlah anak lelaki, kuat menyusu dan kerana itulah susu Umminya tidak mencukupi. Alhamdulillah setakat ini Irfan sihat dan membesar seperti biasa. Lampinnya juga tidak ketinggalan. Jika pada awal kelahiran sehingga Irfan Berusia 3 bulan, kami menggunakan lampin pakai buang berjenama Huggies yang berharga RM36-37 untuk 80 keping tetapi kini kami berubah kepada pampers pakai buang murah seperti jenama fiffy dan 1 malaysia berharga 20-22 ringgit untuk 80 keping. Sebenarnya bukan sebab harga, tetapi sebab kualiti iaitu tahap kebocoran.  Pengalaman membawa Irfan berjalan dari utara keselatan termasuklah ke Singapura menyebabkan kami tukar kepada pampers jenama lain yang lebih baik. Tambahan lagi ianya murah.


        Irfan adalah harapan walid dan ummi. Sejuk mata memandang tatkala memandang wajahnya walaupun walid dan ummi penat dalam pekerjaan. Itulah kurniaan Allah yang tiada tandingannya. Tanggungjawab yang diberikan mendatangkan sejuta hikmah buat hambaNya ini Alhamdulillah. Apabila balik rumah nanti, Walid dan ummi akan muhasabah diri dan berdoa agar Irfan menjadi anak yang soleh, mengikut perintah Allah dan suruhan Rasulullah. Muhasabah akan apa yang berlaku di pejabat dan berdoa agar Ketua jabatan Ummi Irfan diberi petunjuk oleh Allah ..amin…

1 comment:

  1. Ummi ngn irfan syg walid...terima kasih kerana mnjadi suami dan syah yg bertanggungjawab.

    ReplyDelete